Monday, March 18, 2019

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Asmaul Husna

Wanita bila berkahwin pasti mengimpikan zuriat. Hati mana yang tidak terusik bila melihat mereka yang berkahwin selepas itu disahkan hamil terlebih dulu.

Ada banyak cara dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Salah satunya dengan amalan zikir asmaul husna.

Sepertimana amalan zikir yang lain, amalan zikir asmaul husna juga haruslah dengan kesungguhan hati; percaya, yakin, dan redha dengan ketentuan Allah.

Bagi wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, bacalah Ya Khaliq 125 kali di antara waktu solat sunat subuh dan solat subuh. Baca selama mana atau seberapa banyak hari yang perlu. 

Selain itu, bagi wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, berpuasalah selama 7 hari. Di setiap hari berpuasa itu, selepas solat asar dan masih berada di sejadah, bacalah Al Bari' ul Musawwir sebanyak mana perlu. Apabila hampir waktu berbuka, berdoalah sesuai permintaan yang ingin dimakbulkan Allah dan hembus ke dalam air. Minum air tersebut ketika berbuka puasa.

Ya Khaliq itu Maha Pencipta. Yang mencipta dari tiada kepada ada. Yang tidak wujud menjadi wujud. Allah itu yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa rujukan dan bantuan.

Ya Bari', Maha Perancang sesuai dengan sifatnya. Yang membuat segala kehidupan itu wujud dan bermula dengan izin Allah.

Ya Musawwir pula Maha Memberi Rupa Bentuk. 

Ikhtiar untuk mendapat anak dengan zikir asmaul husna ini perlu juga disertai dengan usaha yang lainnya. Jangan lupa juga untuk lakukan solat taubat dan solat hajat. 

Percaya, yakin dan redha dengan ketentuan Allah. 


Monday, March 11, 2019

Istimewa Buat Wanita Yang Hebat

Wanita
Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu
Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan
Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menempuhi segala dengan rela
Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istimewa
Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu

Rutin untuk Meningkatkan Stamina dan Daya Tahan Tubuh

"Uishhh, tengok si Umi tu, nampak bertenaga je dia. Aktif ke sana ke mari. Tak nampak lelah pun dia."

Ha, nak tau sebab apa Umi nampak sihat bertenaga macam tu? Sebabnya, dia mempunyai stamina dan daya tahan tubuh yang tinggi.

Kalau nak dapatkan stamina atau energi macam si Umi tu, uolls boleh praktikkan rutin ni:

1. Minum Teh Hijau Tanpa Gula

Teh hijau mampu untuk meningkatkan stamina, mengurangkan tekanan dan menjadikan kita mendapat tidur yang lebih berkualiti.

2. Minum Air Putih Secukupnya

Amalan minum air putih secukupnya bukan sahaja mampu meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh. Malah, ianya juga dapat mengelakkan kita dari mengalami kerosakan buah pinggang dan dehidrasi. Selain itu, air yang cukup dalam tubuh kita juga membantu memberi kita kulit yang cantik dan segar.

3. Makan Telur

Telur merupakan protein yang membantu di dalam pembentukan otot dan meningkatkan stamina.

4. Aktif Bergerak

Untuk mendapatkan stamina dan daya tahan tubuh yang tinggi, kita perlu aktif bergerak atau bersenam. Kita boleh memilih untuk berjalan kaki dari menaiki kenderaan. Atau menaiki anak tangga dari menaiki lif.

5. Meditasi atau Pernafasan Dalam

Meditasi membantu kita berada dalam keadaan tenang dan tubuh badan kita lebih rileks. Rutinkan untuk tarik nafas dalam, tahan 2-3 saat dan lepas. Ulang beberapa kali sehingga kita rasa rileks. Bila badan rileks, energi bertambah, stamina tinggi.

6. Fikir Positif dan Senyum

Elakkan dari berada di kalangan mereka yang negatif. Cari kawan kawan yang sentiasa menaikkan semangat dan membuat kita berasa happy dan bahagia. Senyum akan meningkatkan keyakinan diri dan stamina.

Nota:

Dalam Teatox by Sisfel mengandungi Teh Hijau dan Rozel yang kaya dengan anti-oksidan untuk meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh badan kita.



Wednesday, March 6, 2019

Selamat Hari Wanita 2019

Pertama sekali, Ima ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2019  kepada semua kaum wanita seluruh dunia yang akan disambut esok, Jumaat, 8 Mac 2019. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Seimbang untuk Sejahtera”.

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA❤️