Monday, March 18, 2019

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Asmaul Husna

Wanita bila berkahwin pasti mengimpikan zuriat. Hati mana yang tidak terusik bila melihat mereka yang berkahwin selepas itu disahkan hamil terlebih dulu.

Ada banyak cara dan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Salah satunya dengan amalan zikir asmaul husna.

Sepertimana amalan zikir yang lain, amalan zikir asmaul husna juga haruslah dengan kesungguhan hati; percaya, yakin, dan redha dengan ketentuan Allah.

Bagi wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, bacalah Ya Khaliq 125 kali di antara waktu solat sunat subuh dan solat subuh. Baca selama mana atau seberapa banyak hari yang perlu. 

Selain itu, bagi wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, berpuasalah selama 7 hari. Di setiap hari berpuasa itu, selepas solat asar dan masih berada di sejadah, bacalah Al Bari' ul Musawwir sebanyak mana perlu. Apabila hampir waktu berbuka, berdoalah sesuai permintaan yang ingin dimakbulkan Allah dan hembus ke dalam air. Minum air tersebut ketika berbuka puasa.

Ya Khaliq itu Maha Pencipta. Yang mencipta dari tiada kepada ada. Yang tidak wujud menjadi wujud. Allah itu yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa rujukan dan bantuan.

Ya Bari', Maha Perancang sesuai dengan sifatnya. Yang membuat segala kehidupan itu wujud dan bermula dengan izin Allah.

Ya Musawwir pula Maha Memberi Rupa Bentuk. 

Ikhtiar untuk mendapat anak dengan zikir asmaul husna ini perlu juga disertai dengan usaha yang lainnya. Jangan lupa juga untuk lakukan solat taubat dan solat hajat. 

Percaya, yakin dan redha dengan ketentuan Allah. 


No comments:

Post a Comment